09 Mei 2011

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Hari ini Mama nak belajar masak Ayam Panggang. Cari punya cari resepi dia, Mama jumpa resepi kat laman BlogResepi ni. Nampak best jer. Mama belum cuba. Namun mama nak share dulu resepinya. Bila Mama dah try Mama akan upload kembali gambarnya yer.


Resepi : Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Kak Hamidah

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam atau ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- atau sebaiknya perap semalaman.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Sumber Gambar Ini : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah Seikhlas Hari